PDA

View Full Version : Isn't the elephant bigger ?



Luke
04-13-2007, 10:40 AM
Only the registered members can see the link.
Only the registered members can see the link.


kwsp haram.. ASB pun dipertikaikan gak kan

dyan
04-13-2007, 02:52 PM
abis selama nie gimane ek ? die org pertikaikan investment dlm tenet ni haram.. abis, nak buh duet bawah bantal le.. hiks...

xde kesimpulann yang sebenar- benar nye ke aa?? .../omg

yg gune duet p haji ke.. p mekkah ke... gune duet kwsp jugakk..

Luke
04-13-2007, 03:08 PM
that's y la the title , " Isn't the Elephant Bigger ? ".

my opinion, semua benda ni start koz nk duit bwh bantal. kemudian masukkan element haram/ halal. memandangkan dah masuk element haram halal,
so kita kena la adil.

successsor
04-13-2007, 04:14 PM
hahaha... dulu masa aku jadi ejen unit trust nie memang dah lama tau. kalau nak betul halal g la tabung haji. tapi hakikat sekarang asb n kwsp ada setengah pelaburan diorang x halal. tapi nak buat camana. nie adalah pelaburan yang paling dipercayai di malaysia nie. sebab diuruskan oleh kerajaan. cuba kalau swasta? susah nak yakinkan orang... masa aku jadi ejen unit trust dulu banyak pelaburan yang halal. pun ramai yang menolak. skarang orang pk duit kita tu selamat ker x, bukan pk halal haram. halal ke haram tu nombor 2.

aily
04-15-2007, 08:26 PM
sbb tu umat islam disuruh bayar zakat utk membersihkan harta...

MrDracula
04-15-2007, 08:30 PM
erm kalao x.. ni la jadi nye.. @_@

Date Masamune
04-15-2007, 08:32 PM
jawapan yang bernas dan bijak dari cikgu agama kita , KAK AILYY clap clap clap

so skrang ni mana bank / pelaburan yang tul2 dibenarkan? main kutu?

Luke
04-15-2007, 08:35 PM
bayar zakat doesn't make it right for us to let things slip by is it ? but yeah. byr zakat adalah cara yg terbaik :)

aha.. kutu tu halal ke x

MrDracula
04-15-2007, 08:39 PM
tah kutu tu orang tue2 cakap halal sebab dier macam simpan duit tu.. btul2 tunggu turn nak dapat.. :) stakat ni x de pape pn yang buruk pasal kutu.. :D

Date Masamune
04-15-2007, 08:52 PM
ntah aku dgr ad aorang guna duit kutu gi haji.......lagipun aku rasa x riba kan? men sesama geng hehe

aily
04-15-2007, 09:03 PM
kutu... konsep seolah2 pinjaman kawan2 kepada kita yang mesti kita bayar secara ansuran dlm tempoh tertentu.... hurm

ak47_ixora
04-15-2007, 09:12 PM
men kutu haram ble tak abis bayar..
orang yang memegang amanah hilang dari mata pengutu lain. /gg

zero
04-15-2007, 11:17 PM
sebenarnya main kutu ni sama je cam korang simpan sendiri
ikut turn je...

baik simpan sendiri

and kwsp bukan satu skim cepat kaya or investment type...tu utk simpanan perkerja and bukan org islam jer yg dapat kwsp...sebab tu ada dividen..dividen yang diperolehi, pi la bayar zakat mcm aily cakap... tu gunanya zakat mensucikan harta dan diri...

kalau masih ragu2 hantar la soklan tu kat fatwa..biar diorang yg kaji

anthabax
04-15-2007, 11:58 PM
Bagaimana caranya dan nasihat bagi yang sudah terlibat dengan MLM dan skim jenis yang haram ini?

Caranya ini, mengikut pandangan peribadi saya dan pelajaran yang saya ambil daripada para ulama, ia terdapat khilaf, kesimpulannya segala modal yang telah diletak layak untuk kita ambil semula kerana itu hak kita, ada sesetengah syarikat tidak mengizinkan. Tak mengapa, duduk dulu dalam sistem itu sehingga tempoh matang.

Sudah sampai masanya keluarkan balik modal itu kemudian untung yang diperolehi kena serah kepada fakir miskin atau badan kebajikan anak yatim atau kebajikan awam untuk bina bangunan dan sebagainya. Ini juga keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan juga Majlis Fatwa Eropah yang diketuai oleh Al-Qaradawi.

Tidak boleh guna wang keuntungan itu untuk tujuan dan kepentingan peribadi seperti bayar kereta, rumah ataupun cukai pendapatan apatah lagi guna untuk membayar zakat.Ada yang kata boleh guna untuk bayar zakat untuk membersihkan keuntungan, tidak boleh sama sekali.

Zakat hanya untuk barang halal yang kita miliki, kita keluar.Zakat guna duit curi, tak boleh. Zakat mesti milik penuh kita sepenuhnya yang halal seperti gaji kita.

ni aku petik daripada ustaz zaharuddin..
apa pendapat korang psl zakat tu..
benda ni psl MLM ngan pelaburan internet..tapi lebih kurang sama je ngan kwsp..ade unsur riba..perjudian

aily
04-16-2007, 12:29 AM
hurm... time belajar dulu... ustaz bgtau zakat mmg x bole dr sumber haram... tp gunanya utk bersihkan harta yang ragu2.. maksud haram itu kalau dah jelas mmg dr sumber haram... cthnya: duit curi, rompak n etc... duit kategori ragu ni cth mcm duit yg kita dpt dr majikan kita yg kita x jelas sumbernya... kerja kat restoran cina... taukeh cina main judi... dpt duit bayar gaji kita... (p/s: betulkan kalau salah... since dah x berapa ingat... )

owh ye... lg satu rasenya eventhough dr duit haram pun... hukum tunai zakat tu lepas... tp dosa mencuri atau menggunakan sumber haram tu tetap kena..

zero
04-16-2007, 05:35 AM
"Kalau macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah, ekonomi kita, negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian luahan tak puas hati yang pasti akan kedengaran bila artikel ini dibaca.
Inilah jenis respond ‘cari makan' apabila sudah didedahkan satu persatu bahawa pelaburan yang disertainya adalah bercanggah dengan hukum Allah SWT. Iaitu, cuba mengaitkan dengan perkara lain agar kelihatan mustahil untuk mengelaknya, selain itu ada juga yang akan mula mempersoalkan kewangan peribadi saya pula. Padahal, ia tiada kaitan dengan hukum pelaburan mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah focus isu ini kepada topic lain.

Nasihat saya, janganlah menjadi tidak teliti tentang hukum sebelum melabur hanya kerana ia membawa keuntungan lumayan. Membuat kesimpulan umum tanpa ilmu hanya membawa masalah dan kemerbahayaan kepada diri sendiri. Saya tidak punyai masa yang panjang untuk menjelaskan satu demi satu. Cukup saya katakan, bahawa lebih mudah untuk saya menjelaskan secara ‘lisan' dari menulis.

Justeru, anda boleh menemui saya atau mendaftar di kursus kewangan Islam yang akan diadakan 24 Februari 2007 jika anda ingin mengajukan soalan seperti itu. Saya tidak mahu mempromosi kursus itu di sini, kerana itu saya katakan, anda masih boleh mengajukannya secara telefon dan berjumpa saya di kuliah-kuliah bulanan saya di serata lembah Klang secara percuma. Saya kira, saya mampu menerangkannya dalam masa 5-15 minit sahaja.

HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM

Hujah-hujah ‘favorite' dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah seperti berikut :

Hujjah Pertama Mereka : "Apa salahnya, bukankah ia boleh meningkatkan ekonomi umat Islam", [/*:m:1evhgj5o]Jawapan saya : "Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada unsur keberkatan. Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat dan pasti tidak akan berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang, ia hanya menambahkan dosa seperti melahirkan lebih banyak si tamak, penipu, pemberi dan penerima rasuah dan lain-lain unsur jahat yang secara senyap menghancur sesebuah masyarakat. Ia disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 278 : "Allah memusnahkan keberkatan dari harta Riba.."


Hujjah Kedua Mereka : "Maslahat" [/*:m:1evhgj5o]Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link Only the registered members can see the link. (Only the registered members can see the link.)....Kesimpulannya ia adalah ‘Maslahat Mulghah' iaitu Maslahat yang tertolak.


Hujjah Ketiga Mereka : "Jika tiada duit maka buat kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya. [/*:m:1evhgj5o]Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut :

من جمع مالاً من حرام ثم تصدق به , لم يكن له فيه أجر
Ertinya : Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian bersedeqah dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang ganjaran kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no 797 : Sohih menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani : Dhoif)


Hujjah Keempat Mereka : "Sampai tahap dharurat" [/*:m:1evhgj5o]
Jawapan saya : Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah sesuatu perlara keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka seseorang boleh hilang nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi). Saya percaya ramai orang tidak melabur, tetapi masih hidup aman damai.


Hujjah Kelima Mereka : Ada hadith kata " tak boleh lari dari riba di akhir zaman, semua akan kena debunya" [/*:m:1evhgj5o]Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith ini dhoif menurut imam Al-Munziri dan Albani.


Hujjah Keenam Mereka : "Tak mengapa nanti kami bersihkan sebahagian bonus dengan mengeluarkan zakat" [/*:m:1evhgj5o]Jawapan saya : Syarat wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT (Rujuk Al-Badai' As-Sona'i, Al-Kasani, 2/4 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) . Jelasnya, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram, ia hanya boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara halal. Secara sepakat ulama bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi yang diperlukan adalah melupuskannya (Qadhaya Az-Zakat Al-Mu'asiroh, Dr Naim Yasin, 2/208 ).



Marah dan Menyekat Untung
Saya pasti ada yang amat marah kerana ia telah mempunyai rangkaian yang cukup luas dan keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun dengan lebat sekali. Apa yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith Nabi yang telah saya nyatakan dahulu iaitu

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به
Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Sebagai penambah kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa pelaburan ABB Fund, Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah tidak sah menurut pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba dengan jelas.

Saya juga sedar betapa besarnya ujian jika saya berada di tempat pemain, pelabur dan pelopor abb fund, eaindex dan sudah meraih untung ribu-ribu..memang sukar.
Cuma suka saya ingatkan bahawa, lagi sukar sesebuah ujian, sudah tentu pahalanya juga lebih besar, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a dalam sebuah riwayat :

"Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan kesukaranmu'

Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang nafsunya demi untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW berbangga dengan anda !!
Malah saya juga merasakan, pahala individu yang sanggup berhenti kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya yang menulis jawapan ini. Allahu akbar.!
Sebagai akhirnya, tahukah anda setara mana besarnya dosa Riba iaitu duit untung yang diperolehi dari ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-Pay ini?. Saya nyatakan disini bahawa.

Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

from zaharuddin.net

Luke
04-16-2007, 12:19 PM
semua bc sebelah pihak je kan? cuba bc ustaz ahmad syukri punya komen plak.


ASSALAMUALAIKUM,

Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat. Saya seringkali diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tida ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet. Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau di sokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam .

SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .

Apakah hukum pelaburan menerusi internet ?

Jawapanya : Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu “ sesuatu yang jauh akan menjadi dekat ". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan terhadap Dr Asri , Mufti Perlis , Wassalam

Benarkan perniagaan di internet tidak jelas.?

Jawapan : Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank , sudah pasti jawapanya , tak tahu ?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?

Jawapanya : Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar ( hak pilihan ) apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di laman web yang tertera ). Di sisi ulama’ mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya “ Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya ”. Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah .
Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.

Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?

Jawapannya : Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :“Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai “ Menurut pandangan seperti berikut :“ Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu’atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz , tetapi dengan perbuatan dua pihak , iaitu dengan tukar menukar , persetujuan dan kerelaan . Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan , apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada “ satu majlis “. Para ulama menyatakan yang di maksudkan “ bersatu majlis “ bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan.“

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur . Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan . Oleh yang demikian , pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.



Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?

Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .

Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?

Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :

Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.
Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.
Ketiga : Riba al-Nasi’ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :“Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah “, maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.

Luke
04-16-2007, 12:19 PM
sambungan lagi


Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?

Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan "

Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ).Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut , oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan " bukan riba". Perkara ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah.
Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja

Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan , biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily :“ maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya “.

Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak , oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian , tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya. Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ;“ Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal “. Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi “Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka “. Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 )
Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .

Luke
04-16-2007, 12:20 PM
like i said. x boleh pandang sblh pihak je. kena look outside the box.
mentang2 x suka org melabur offshore, habis ko nk hentam sembrono. xleh la gitu


Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?

Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan ::“ Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.

Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.

Pada pandangan Ustaz mengapa Al-Arabic Fund memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur sehingga 31%?

Jawapan : Sebagaimana yang di maklumi Al-Arabic merupakan satu syarikat pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan menggunakan mata wang dinar. Hanya 4 buah negara yang menggunakan matawang Dinar iaitu Jordan, Dubai, Kuwait dan Iraq, kesemua tersebut adalah Negara Islam yang kaya, kecuali Iraq yang menghadapi krisis ekonomi akibat peperangan. Oleh yang demikian, bukan suatu yang mustahil syarikat gergasi seperti itu dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Pulangan tersebut berdasarkan pendapatan yang konsisten antara 30%-60% setiap bulan. Ada kalanya segala maklumat tidak boleh di dedahkan kerana sulit , semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan pelabur kerana ramai yang mendakwa memiliki asset. Seorang sahabat saya yang berkahwin dengan wanita Dubai dan tinggal di sana menyatakan bahawa pemiliki asset tersebut memang seorang yang kaya dan di ibaratkan sebagai seorang menteri .

Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ?

Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?

Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging **** dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam . Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku :
Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum.
Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ?. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?. Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak,, fatwa hanya dapat di perolehi di dalam kita-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset ( fund ) maka ia adalah tidak sah dan di tolak.

Sekian
Ahmad Shukri Ghazali.

Only the registered members can see the link.

Date Masamune
04-16-2007, 01:06 PM
well date rasa kalau tul2 nak tanpa ragu2 baik inviest kat tabung haji.........atau perbankan islam.....atleast x ada ragu ( kalau bank negara pun ragu2 jatuh hukum haram )

Luke
04-16-2007, 01:33 PM
hmm.. x kesahla. aku pun dah quit main hyip. skrg ni kumpul duit nk main klse ikut cimb

zero
04-16-2007, 05:29 PM
tapi majlis fatwa dah kata pelaburan internet haram...so masih nk pertikai lg?ni bukan soal pandang sebelah pihak...sesuatu fatwa dikluarkan bukan dgn sambil lewa...diorang dah kaji dulu sebelum buat fatwa jadi hormatilah pandangan itu

ak47_ixora
04-16-2007, 11:01 PM
tepuk dada tanya iman..
jgn tanya selera..
selera kata duit bayk laut pon tak cukup...

ikut formula imam shafie..

haram+haram=haram
haram+halal=haram
halal+halal=halal.

mende nih sume da belajar dari kecik..
dalam math pon ader...

so think OUTSIDE the box..
but do not think just outside without refferences.
sesungguhnya orang yang belajar keseorangan, dier belajar dgn syaitan..

jadikan sesuatu rujukan yang boleh memandu hidup supaya tak lari dari syariat.

jgn ikut selese jer..

successsor
04-17-2007, 09:42 AM
@anthabax

berikan aku sebab2 yang kukuh kenapa kau kata MLM tu haram?

anthabax
04-17-2007, 09:51 AM
bukan aku yg berkata2 MLM tu haram
aku rujuk daripada website ustaz zaharuddin
MLM tu jadi haram dalam bape2 hal
kalau ko tengok MLM macam HPA tu tak haram walaupun berkonsepkan MLM
tapi kebanyakan daripadanya haram


Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.





2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

*
1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

*
2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

*
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"

*
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.

*
5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

successsor
04-17-2007, 10:36 AM
hmm... aku x tau nak berdebat n aku pulak bukan orang yang rajin mencari dan membaca web2 orang lain. tapi berkenaan apa yang dia contohkan dengan apa yang aku lakukan x tepat sama sekali. sebagai contoh.

1. harga lebih tinggi dari biasa. -aku membeli barang dengan harga pengedar.
2. menggunakan dalil atau ayat suci untuk menghalalkan cara mereka. -aku dan semua partner aku yang buat MLM ni x penah buat benda macam tu.
3. keraguan tentang halal haram dan keberkesanan produk. -produk aku dah berusia lebih 100 tahun dan telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia malah di malaysia juga.
4. tiada latihan yang melayakkan upline dapat komisen. -setiap bulan aku boleh berjumpa dengan pengasas MLM ini, setiap hari terdapat latihan, dan MLM aku masuk nie juga ada pejabat sendiri.
5. tidak kenal sape upline kita. - aku dah generasi ke 15 dah aku kenal setiap orang upline aku. sebab apa aku kenal? mereka sentiasa ada di pejabat untuk memberi latihan dan membantu aku.
6. orang atas duduk goyang kaki. -hanya mereka yang buat kerja dapat komisen. dalam MLM aku terdapat downline yang lebih maju dan mendapat kedudukan yang lebih baik daripada upline kerana usaha mereka sendiri.
7. jualan target sebagai syarat komisen. -MLM aku tiada. sape yang menjual pasti dapat untung. x menjual, xdela untung. dan tiada syarat untuk mengekalkan jualan target setiap bulan. maknanya tiada turun pangkat
8. sebenarnya anggota MLM ini tidak mahu produknya. - setiap orang yang menyertai MLM aku nie menggunakan produk ini.

sembilan saranan yang disarankan oleh ustaz untuk mereka2 yang ingin menyertai MLM sememangnya dilakukan oleh syarikat MLM yang aku sertai.

dan aku meragui kenapa ustaz tersebut mengatakan pemuda tersebut menempelak? sedangkan pemuda tersebut memberikan pendapatnya di internet? maknanya tiada suara dan jika melihat kepada ayat pemuda itu, tiada tanda '!!!' yang membawa maksud menempelak.

aku bukannya taksub dengan MLM nie. dan aku bukan orang yang bijak pandai agama untuk memberi dalil dan hujah untuk bisnes MLM nie. yes! aku dah jumpa banyak MLM dan kebanyakannya x betul. tapi harus ingat x semua MLM x betul. aku ambil masa hampir 4 bulan selidik MLM yang aku sertai ini.

maka aku rasa x adilla jika dilabelkan semua MLM tu sama. tapi terpulang kat korang menilai. semua ada pendapat sendiri. tapi aku amat pasti dan yakin apa yang aku sertai ini adalah halal.

anthabax
04-17-2007, 10:42 AM
betul la ustaz zaharuddin cakap
die tak kata pun yg MLM tu sumer haram..tapi kebanyakan daripada nyer haram
aku pun tak kata yg MLM tu haram sekadar merujuk kepada ustaz je
abang aku pun join MLM ni gak...tapi halal..tapi skrg dah stop..sibok ngn master ngan kerja die sekarang


dan aku meragui kenapa ustaz tersebut mengatakan pemuda tersebut menempelak? sedangkan pemuda tersebut memberikan pendapatnya di internet? maknanya tiada suara dan jika melihat kepada ayat pemuda itu, tiada tanda '!!!' yang membawa maksud menempelak.

memang beri pendapat..tapi ada dikalangan pemuda2 kat luar tu tak puas hati dengan ustaz zaharuddin ni..ade yg hina die caci die la..sedap2 nak jatuhkan hukum la..ingat die aper la
sape la tak bengang orang hina mcm tu walaupun die seorang ustaz
bayangkan la dalam setiap hari ade je hinaan dan cacian org yang tak puas hati ngan die..lagi2 biler fatwa ckp swisscash and the gang haram..lagi la kene bash nyer
die sekadar nak menegaskan je
kalau die copy paste ayat yg pemuda tu bagi korang pun mesti bengang.

untuk MLM ko tu aku rase takde masalah la..ok je
jual kopi mcm ak47_ixora tu ok gak ape kalau tak ade bercanggah ape2..ade produk
abang aku pulak jual handset..lol

successsor
04-19-2007, 12:08 PM
aku rasa sekarang orang2 yang buat taik nie la yang buat perniagaan macam nie tercemar. macam gak skim internet. pembina2 scam nie la yang buat pelaburan internet yang patutnya bagus jadi tercemar.

Date Masamune
04-19-2007, 12:11 PM
tul tu , pasal nila setitik abis susu sebelanga , aku rasa sbb haram sebab banyak scammner , buat website , pastu ajak orang labur , lepas dpt duit ttp website